Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Rabu, Oktober 28, 2009

SEJARAH


Sekolah ini asalnya telah dibina di Kampung Teluk Sari, Endau. Akibat dari perpindahan penduduk Teluk Sari ke Kawasan penempatan baru di Kampung Baru Penyabong, maka sekolah ini telah kehilangan sebilangan besar daripada muridnya. Hasil usaha Penghulu Haji Ismail (Allahyarham) telah mewujudkan sebuah sekolah di kampung ini.

Pada tahun 1963 sebuah bangunan separuh kekal telah dibina bagi menggantikan bangunan asal.Bangunan sekolah yang mengandungi 3 buah bilik darjah ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Guru Besar SK Teriang, Endau.

En.Abdul Rahman bin Yaakob merupakan guru pertama yang mengajar di sekolah ini. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 42 orang. Beberapa bulan Kemudian, seramai 3 orang guru sementara telah ditempatkan di sekolah ini.

Pada tahun 1983, sebuah bangunan baru telah siap dibina sebagai tambahan Kepada bangunan yang sedia ada. Bangunan batu 2 tingkat ini telah menyediakan Kemudahan bilik pejabat, bilik guru, bilik perpustakaan, bilik rawatan dan
beberapa bilik khas ( 1 bay). Sebuah kantin juga di bina bagi kemudahan murid Dan guru

Pada tahun 1984, pentadbiran sekolah ini telah dipisahkan dari SK Teriang. Guru Besar SK Penyabong yang pertama ialah Tn Hj. Hamzah bin Mohamad. Beliau dibantu oleh 5 orang guru

Pada tahun 1989, SK Penyabong menerima kedatangan Guru Besar baru iaitu En. Abdul Rahman bin Yaakob (bekas tenaga pengajar). Bilangan murid pada ketika itu ialah 100 orang.

Pada tahun 1993, En. Mohd. Yusof bin Sulong telah mengambil tugas sebagai Guru Besar setelah En. Abdul Rahman bin Yaakob bersara. Pada ketika itu bilangan murid adalah seramai 115 orang.

Pada tahun 1994, En. Dzulkufli bin Hj. Jaafar telah mangambil alih tugas sebagai Guru Besar sekolah ini dengan bilangan murid seramai 136 dengan dibantu oleh 8 orang guru. Pertambahan bilangan murid ini adalah disebabkan pembukaan penempatan berpusat perkampungan nelayan di Penyabong.

Pada tahun 1996, En. Ishak bin Mahmuda telah menjadi Guru Besar selama lebih 4 tahun. Banyak kemajuan telah diperolehi oleh sekolah dan murid-murid.

Pada tahun 2002, En. Che Nordin bin Che Pa telah menjadi Guru Besar di SK Penyabong. Bilangan murid pada ketika itu telah menjangkau 152 orang.

Pada tahun 2002, jawatan Guru Besar telah bertukar tangan kepada Pn. Maimon bte Ismail. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 138 orang dengan Bilangan guru seramai 12 orang.

Sejak November 2009 Ogos 2011, jawatan Guru Besar telah disandang oleh En.Mansor b Tahir yang bertukar dari SK Sri Jaya, Muar. Sehingga masa itu bilangan murid berada dalam lingkungan 100 orang termasuk murid Pra Sekolah yang telah dibuka pada tahun 2007.

Mulai 2011, sebuah blok bangunan 3 tingkat telah mula digunakan yang menempatkan bilik-bilik khas dan lengkap dengan segala kemudahan yang sangat baik.


Jawatan Guru Besar sekali lagi bertukar tangan apabila En.Mansor b Tahir telah ditukarkan ke SK Simpang Lima Darat, Muar pada bulan Ogos 2011. Tempat beliau digantikan oleh En.Saidan b A.Jalal yang bertukar dari SK LKTP Tenggaroh 1, Mersing.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam