Seawal jam 7.45 pagi 19 November 2009, ramai ibu bapa dan penjaga murid datang ke sekolah untuk menghadiri Hari Terbuka bagi penggal kedua sesi persekolahan 2009. Walaupun hujan renyai-renyai, mereka tetap datang untuk bertemu dengan guru-guru, berbincang tentang pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan akhir tahun dan seterusnya menandatangani buku pelaporan.
Syabas diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang prihatin.
2 comments:
Terima kasih buat semua guru dan staf,di atas kerjasama yang diberikan sehingga kita berjaya melaksanakan banyak program yang dirancang.Terima kasih juga buat ibubapa murid kerana banyak memberi sokongan dan kerjasama...diharap kita dapat melakukan perkara yang sama pada tahun depan dengan semangat yang lebih tinggi lagi.Terima kasih semua.
Saya sokong... moga kita semua diberi kesihatan dan kekuatan yang berlipat ganda. Tahun 2010 pasti lebih mencabar.
Catat Ulasan