Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Ahad, November 22, 2009

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6



Jamuan perpisahan murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada hari Jumaat 20.11.2009 yang lepas. Jamuan telah dianjurkan oleh murid-murid sendiri dan dibantu oleh guru kelas mereka iaitu Cikgu Zamri. Majlis yang meriah tersebut telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Wakil murid, Nurhasyimah di dalam ucapannya menyampaikan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar mereka dan memohon maaf di atas segala kesalahan serta kenakalan mereka. Sementara itu, wakil guru, Cikgu Azizi megucapkan tahniah kepada semua 28 orang murid kerana telah menamatkan zaman persekolahan rendah mereka dan semoga akan lebih berjaya di sekolah menengah nanti. Beliau turut mengingatkan mereka agar tidak melupakan sekolah ini. Sebelum menjamu selera, acara penyampaian cenderahati untuk murid-murid telah disempurnakan oleh Cikgu Azizi.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam