Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Dr.Hj.Abd.Latif bin Hj.Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Mersing kerana telah sudi hadir ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan seterusnya menyempurnakan penyerahan wang bantuan KWAPM kepada waris murid pada petang semalam, 15 November 2009. Seramai 65 orang murid layak menerima wang bantuan KWAPM 2009 bagi Kumpulan 1 dan 2. Kehadiran YB ke Penyabong untuk bertemu dengan sebahagian penduduk kampung adalah sebahagian daripada program Jelajah Parlimen Mersing yang telah dirancang oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Mersing. Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan ibu bapa agar sentiasa berusaha untuk membebaskan diri dan keluarga daripada kemiskinan.
Sempena lawatan YB itu juga, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000.00 kepada pihak sekolah. Terima kasih YB !!
0 comments:
Catat Ulasan