Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Ahad, Disember 27, 2009

KEAJAIBAN 2009


Banyak sekali keajaiban atau sesuatu yang dianggap ajaib terjadi di tahun 2009 yang tinggal beberapa hari untuk melabuhkan tirainya. Banyak kejadian luar biasa yang sangat menarik perhatian kita. Namun keajaiban terbesar Tahun 2009 ini dan seterusnya adalah :

1.Seorang ibu yang sentiasa sibuk tetapi masih punya waktu untuk bersama dan mendidik anak-anaknya.
2.Seorang ayah yang bekerja keras untuk keluarganya tanpa mengenal penat lelah untuk menyara keluarganya tanpa terfikir untuk bersenang-senang dan berfoya-foya.
3.Seorang anak yang belajar dengan serius tanpa terpengaruh dengan perkara-perkara negatif lainnya.
4.Umat Beragama yang mampu melaksanakan ajaran agamanya dengan baik dan benar tanpa menyakiti, menghina agama orang lain, aliran agama orang lain atau kepercayaan orang lain.
5.Rakyat yang mampu melaksanakan hak dan kewajipannya sebagai warga negara.
6.Pemerintah yang mampu memimpin, melindungi dan menyantuni rakyatnya.
7.Manusia yang mampu hidup damai dengan manusia yang lain tanpa peduli terhadap suku, agama, kaum atau adat istiadatnya.
8.Manusia yang mampu hidup selaras dengan alam dan segala isinya.

Bila kita tergolong dalam kategori di atas, maka kita juga merupakan salah satu Keajaiban Dunia Terbesar Tahun 2009.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam