Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Isnin, Januari 25, 2010

Majlis Perpisahan Pn.Maimon

Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan (KKGK) telah menganjurkan Majlis Perpisahan sempena perpindahan bekas Guru Besar iaitu Pn.Maimon Ismail ke SK Teriang, Endau. Majlis yang serba sederhana tetapi meriah telah dijalankan pada tengahari 23 Januari 2010 di Kantin SKPE dan telah dihadiri oleh semua ahli KKGK. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi KKGK, Cikgu Zamri Basumi dan diikuti dengan ucapan Guru Besar yang baru iaitu En.Mansor Tahir. Sebelum menikmati hidangan tengahari, majlis telah menjemput Pn.Maimon untuk menyampaikan ucapan dan diikuti acara penyampaian cenderahati kepada beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam