Selain Guru Besar, Encik Mansor Tahir yang telah memulakan tugas sejak awal Disember tahun lepas, SKPE turut menerima kehadiran 2 orang guru baru lepasan KPLI bermula sesi persekolahan 2010. Kedua-duanya, Cikgu Norhidayah Yajid dan Cikgu Nur Azlinee Azhar telah melaporkan diri ke sekolah pada 05.01.2010 selepas menghadiri taklimat penempatan di PPD Mersing sehari sebelumnya. Cikgu Norhidayah adalah dari opsyen Pendidikan Seni sementara Cikgu Nur Azlinee opsyen Pra-Sekolah dan akan mengambil tempat Cikgu Haizam Hafizi yang telah bertukar ke Kuala Lumpur.
Warga SKPE sangat mengalu-alukan kedatangan mereka dan semoga gembira menikmati suasana yang damai dan sentosa di sekolah ini.
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Khamis, Januari 07, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan