Pihak kami memohon maaf kepada semua pengunjung yang telah melawat ke portal ini dari 02 hingga 04 Januari 2010 kerana menghadapi kesulitan untuk mengakses maklumat dan catatan di dalamnya. Ini adalah disebabkan berlakunya beberapa gangguan teknikal semasa kerja-kerja mengemaskini dijalankan. Sepanjang tempoh tersebut kami telah menerima rungutan dan cadangan daripada beberapa pengunjung tetap portal ini. Kesan daripada rungutan dan cadangan tersebut, menghasilkan paparan seperti yang ada sekarang. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi pandangan dan berusaha untuk menambah baik portal ini.
Sekali lagi diucapkan terima kasih kerana bersabar.
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Selasa, Januari 05, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan