Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Selasa, April 13, 2010

Kejohanan Sepak Takraw MSSM Mersing

Pada 5 dan 6 April yang lepas, 2 regu Sepak Takraw SKPE telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSM Daerah Mersing 2010. Kejohanan yang disertai oleh 20 regu dari sekolah-sekolah rendah di Daerah Mersing telah dijalankan di Dewan SMK Anjung Batu.
Regu B yang diwakili oleh Rustam, Ikhwan, Amirudin dan Hafizul gagal melepasi pusingan awal selepas kiraaan semula mata dilakukan. Namun, Regu A SKPE yang diwakili oleh Khairul, Azwat, Soliehin dan Asnawi telah berjaya memenangi semua perlawanan dalam pusingan awal sebelum menewaskan regu SK Tenggaroh 1 di peringkat suku akhir. Namun langkah mereka tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada regu A dari SK tenggaroh 3 dalam perlawanan yang berlanjutan hingga ke tie-break. Dalam perlawanan menentang regu A SK Bandar Endau bagi menentukan tempat ke-3/4, regu SKPE tidak berjaya untuk memenanginya dan hanya menduduki tempat ke-4. Sekalung tahniah kepada semua pemain.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam