Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Isnin, April 26, 2010

Program Hari Bahasa Melayu

Program Hari Bahasa Melayu peringkat sekolah telah dijalankan pada hari Sabtu 24 April yang lepas. Program sehari itu diisi dengan beberapa pertandingan yang telah disertai oleh murid-murid Tahap 1 dan 2 sekolah ini. Bagi murid-murid Tahap 1, acara yang diadakan adalah membaca cerita, tulisan cantik dan mewarna poster. Murid-murid Tahap 2 pula telah mengambil bahagian dalam acara mendeklamasikan sajak, melagukan syair dan melukis poster. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPE iaitu En.Mansor Tahir.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam