Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Jumaat, Januari 01, 2010

Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

Catatan Hidup
1911
Burhanuddin dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bte Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak.
Hj Mohamad Noor berasal dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minagkabau Sumatera dan telah datang ke Perak pada tahun 1908. Sharifah Zaharah berasal dari Melaka

1926
Menyambung pelajaran di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minagkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera.
Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah.
Hanya bertahan selama 6 bulan di Sungai Jambu kerana cara belajar mengikut 'sistem tadah' tidak disukai oleh Burhanuddin.
Hanya bertahan selama sebulan di Pulau Pisang kerana cara belajar masih mengikut 'sistem tadah'.

1927
Menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang.

1934
Melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera.

1942-1945
Menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam & Adat Istiadat Melayu ketika Pendudukan Jepun.

1950
Ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura.

1956
Menyertai Persatuan Islam Se-Tanah Melayu(PAS). Kemudian,beliau dipilih sebagai Yang Dipertua Agung PAS ke-3 menggantikan Dato' Dr Haji Abbas Alias.

1959
Menang Kerusi Parlimen Besut,Terengganu Pada Pilihan Raya Umum 1959.

1964-1966
Ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) kerana kononnya menjadi ajen Indonesia dan terlibat dengan kegiatan menentang penubuhan Malaysia.
Jawatan beliau sebagai Yang Dipertua Agung PAS dipangku oleh Naib Yang Dipertua Agung, Mohd Asri Haji Muda.
Dibebaskan pada 1966 namun dikenakan tahanan terhad.

10 Oktober 1969
Meninggal Dunia akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam