Ibrahim Hj Yaakob atau IBHY lahir pada 27 November 1910 di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang - mati pada 8 Mac 1979 di Jakarta,Indonesia Jenazah beliau disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta. Pada batu nesannya, tercatat nama Ibrahim Kamel Agastya. (IBHY), Leftenan Kolonel purnawirawan TNI-AD, NRP 26217.Ibrahim Yaakob adalah presiden dan pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan tokoh politik Melayu pertama yang menentang kerajaan penjajah British. Walaupun beliau tokoh pejuang di Tanah Melayu, tetapi rakyat Malaysia terasa kehilangan beliau dan tidak mengetahui untung nasib tokoh hebat ini.
Keluarga
Ibrahim Yaakob keturunan Bugis, di Sulawesi Selatan. Ibu bapanya merantau ke Riau dan seterusnya ke Temerloh , Pahang sekitar tahun 1920-an. Bapanya Haji Yaakob merupakan guru agama dan tokoh yang dihormati. Ibunya bernama Hawa binti Hussein. Ketika berusia 2 tahun, ibu bapa IBHY bercerai dan dipelihara oleh ibunya dengan hidup sederhana.
Pada batu nesan isterinya tercapat nama Maria Kamel bin H Sira) lahir 15 Disember 1920 dan meninggal dunia pada 20 November 2002. Sejarawan Cheah Boon Keng mencatat nama isteri Ibrahim Yaacob sebagai Mariatun Haji Sirat.
Pendidikan
IBHY mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Tanjung Kertau pada tahun 1918 ketika berusia tujuh tahun. Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi guru pelatih di Pusat Latihan Perguruan di Kuantan, Pahang.
Guru pelatih di MPSI
Antara tahun 1928–1931 IBHY menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim, Perak dan menerima semangat nasionalisme daripada Pendeta Zaaba dan lain-lain. Pensyarah di situ mengajar tentang gerakan nasionalisme yang berkembang di India, Mesir dan Indonesia. Pensyarah lain ialah Abdul Hadi Hassan, Nurdin Haji Haron, Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), Buyong Adil dan Abdul Rahman Muhyidin. Harun Mohd Amin telah menulis tentang kehebatan pemuda Melayu mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan.
Surat khabar dari Indonesia seperti Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Rakyat Indonesia, Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia turut dibaca dan beredar di kalangan pelajar. 'Sumpah Pemuda' rakyat Indonesia menjadi ikrar persatuan.
Tulisan dan pengaruhnya
Tulisan beliau dalam surat khabar Majlis,Warta Malaya dan Utusan Melayu menyentuh tentang nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pelajaran, cara hidup orang Melayu dan kaitannya dengan bangsa Cina dan Eropah serta dasar British di Tanah Melayu.
Pelbagai Persatuan
Sebelum tertubuhnya KMM, IBHY dan rakan-rakannya telah mewujudkan satu persatuan sulit yang “berhaluan sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan “Malaya Raya”. Gesaan IBHY terhadap masyarakat Melayu supaya menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu bagi menyatukan orang-orang Melayu untuk menyelamatkan hak kebangsaaan telah memperlihatkan dirinya sebagai pengerak nasionalisme Melayu di Tanah Melayu. Beliau juga terlibat aktif dalam Kelab Melayu Bentung pada tahun 1931-1934, Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1938, Persatuan Belia Melayu dan beberapa persatuan yang menjadi medan IBHY menperjuang dan memperkembangkan ideologinya.
Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda
Persatuan Belia Melayu asalnya bercorak sosial berubah kepada motif politik. Selaras dengan perubahan tersebut, nama Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) atau turut dikenali Young Malay Union.
Pada 1939 pada usia 28 tahun, beliau menubuhkan secara rasmi Kesatuan Melayu Muda yang kebanyakannya terdiri daripada golongan guru Melayu lepasan MPSI. Ia menjurus kepada persatuan pemuda Melayu yang berasaskan ‘pemuda-pemuda sedar’ atau ‘progresif’ yang dalam lingkungan usia lewat 20-an. Beliau menjadi Yang diPertua, Onan Haji Siraj sebagai Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai setiausaha, Haji Othman Abdullah sebagai bendahari, Hassan Manan, Ahmad Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji Mohammed, Sultan Djenain dan lain-lain tokoh. Dr Burhanuddin Helmi menyertai KMM poadsa 1939. Dato Onn Jaafar menyertai KMM pada April 1942. Nama KMM diberikan oleh Sultan Djenain , seorang pelarian politik Parti Komunis Indonesia yang bertindak sebagai penaung KMM.
Tahun 1940, seusia 29 tahun, Ibrahim Yaakob menjadi nasionalis radikal yang mengkagumi idealisme dan karisma Sukarno. Ketika Perang Pasifik meletus pada 7 Disember 1941, Ibrahim Yaakob telah ditangkap oleh British tetapi dibebaskan pada 1942 oleh Jepun setelah Jepun mendarat di Tanah Melayu. Tentera Jepun menubuhkan tentera Pembela Tanah Air (PETA) di pulau Jawa. Tetapi menubuhkan Giyuugun di pulau Sumatera dan di Tanah Melayu. Dia meninggal di Jakarta pada 8 Mac 1979.[5] Komander tentera Jepun melantik Ibrahim Yaakob sebagai Leftenan Kolonel bagi pasukan tentera Giyuugun.
KMM sesuai untuk golongan bawahan. Sementara Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail Tengku Muhammad Yasin dikuasai oleh golongan bangsawan.Slogan KMM ialah KMM iaitu “satu untuk semua:semua untuk satu”.
Utusan menemui Sukarno
Ibrahim Yaacob mengutus tiga wakil KMM ke Jakarta untuk bertemu dengan Soekarno. Di Jakarta, Badan Penyelidikan Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia membicarakan sempadan wilayah negara Indonesia . Wilayah Indonesia Raya terlalu luas iaitu meliputi bekas Hindia Belanda , Malaya, New Guinea, Borneo Utara dan Timor Timur Portugis. Muhammad Yamin menghadkan Indonesia Raya sekadar bekas Hindia Belanda sahaja . Seramai 39 dari 66 anggota badan menyokong gagasan Indonesia Raya.
Pertemuan Taiping 1945
Pada 8 Ogos 1945 Sukarno, Mohammad Hatta, dan Radjiman Wediodiningrat terbang ke Saigon, Vietnam berbincang dengan Pemerintah Tentera Jepun Marshall Terauchi dan kembali ke Jakarta pada 13 Ogos 1945.
Dalam surat khabar Asia Raya, 16 Ogos 1945 Sukarno-Hatta menyatakan mereka menemui Leftenan Kolonel Ibrahim Yaakob dan beberapa pegawai Giyugun lain. Ketika pertemuan itu Ibrahim Yaakob ada menyatakan rakyat di Tanah Melayu ingin bersatu dalam negara Indonesia Raya.
Menjadi anggota Parlimen Indonesia
Sukarno merasa terhutang budi kepada Ibrahim Yaakob di atas semangat juang dan setiakawan orang Indonesia di Tanah Melayu. Lantas Sukarno mengajak Ibrahim Yaakob berjuang sahaja di pulau Jawa kerana mereka seketurunan - Bugis Jawa Indonesia.
Pada 15 Ogos 1945 Jepun menyerah kalah secara tiba-tiba setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki diledakkan dengan bom atom. PETA dan Giyugun diperintah bubar oleh tentera Jepun dn senjata diserahkan.Gagasan Indonesia Raya terbatal dengan sendirinya. Pada 19 Ogos 1945, dengan pesawat tenteta Jepun , Ibrahim Yaakon terbang ke Jakarta bersama isterinya Mariatun Haji Siraj, iparnya Onan Haji Siraj dan Hassan Manan.
PKMM diharamkan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengharamkan PKMM pada 1950 . Sedangkan KMM telah bergabung dengan PKMM dan sangat anti British dan anti pegawai-pegawai dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Bertemu dengan Tunku di Jakarta
Pada November 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman ada bertemu dengan beliau di Jakarta ketika hendak berunding dengan Presiden Sukarno. Tunku Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri setelah Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi pilihan raya 1955. Tunku yang terdidik di London berasa selesa jika Tanah Melayu merdeka dalam Komanwel British. Ini dilihat sebagai neo-kolonialime kerana Ibrahim Yaakob mahu Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia dalam Indonesia Raya.
Sukarno sendiri tidak senang dengan pendirian Tunku yang dilihat sebagai 'boneka' British sahaja. Dengan pelbagai pengaruh lain termasuk Aidid dan Subandrio - komunis, Sukarno melancarkan 'Ganyang Malaysia' pada 1965.
Pengarah Bank Pertiwi
Ibrahim Yaakob mengundurkan diri dari arena politik apabila demokrasi terpimpin semakin kuat di Indonesia akibat pengaruh komunis. Peristiwa Gestapo 1965 amat memberi kesan kepada beliau. Ibrahim Yaakob menyertai sektor swasta sebagai pengarah Bank Pertiwi.
Kembali ke Malaysia
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 1970, barulah Ibrahim berpeluang kembali ke Malaysia pada 1973. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman telah 'digulingkan' selepas Peristiwa 13 Mei.
Kontroversi
Di Indonesia tercetus kontroversi Timbalan Presiden Adam Malik disyakki agen CIA kerana kerap ke Malaysia dan berjaya menamatkan 'Ganyang Malaysia' 1965 dengan mudah. Begitu juga kerakyatan Ibrahim Yaakob sehingga dilantik sebagai ahli parlimen Indonesia dan menukar nama kepada Iskandar Kamel. Ketika ditemuramah di Malaysia pada 1973, beliau mengakui bahawa dia agen kepada British dan Jepun. Buku Mustapha Hussain (2005) menuduh Ibrahim Yaakob membawa wang dua guni dan ketulan emas ke Indonesia pada tahun 1945. Bagaimana dia mendapat wang yang banyak untuk membeli surat khabar Warta Malaya.
Sebagai guru, Ibrahim Yaakob ada menulis buku bertajuk 'Nusa dan Bangsa Melayu' pada 1951. Beliau menafikan perjuangan KMM tidak berhaluan kiri mahupun radikal . Sebaliknya usaha menerapkan kesedaran cintakan agama, bangsa dan negara.KMM adalah anti British dan anti feudal.
0 comments:
Catat Ulasan