Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Isnin, Februari 21, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat Sekolah

Sebagaimana yang telah dirancang, Sambutan Maulidur Rasul 1432H SKPE telah dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya pada hari Sabtu, 19 Februari yang lepas. Sehari sebelumnya, semua guru dan kaki tangan sekolah serta AJK PIBG telah bergotong-royong melapah seekor lembu serta menyediakan bahan-bahan masakan untuk jamuan. Gotong-royong berlanjutan sehingga ke malam.

Pada pagi 19 Februari, majlis dimulakan dengan perarakan sejauh 1.5 km yang disertai oleh semua guru dan murid SKPE. Selepas itu, mereka berkumpul di Musolla SKPE bagi menonton tayangan multimedia sebelum ceramah dijalankan. Ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini telah disampaikan oleh Al-Fadzil Ustaz Jamaluddin dari Pejabat Agama daerah Mersing. Majlis telah selesai pada jam 12.00 tengahari dengan semua hadirin menikmati jamuan.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam