Atlet SKPE telah mencatat sejarah sekali lagi kerana berjaya merangkul gelaran Olahragawan Terbaik Kategori 12 Tahun dalam Kejohanan Balapan & Padang MSSD Mersing kali ke 33 yang telah dijalankan dari 01 Mac hingga 04 Mac 2011 yang lepas di padang SMK Anjung Batu, Mersing.Kejayaan atlet SKPE iaitu Ahmad Rustam bin Razali mengungguli acara 100 meter dan 200 meter telah menobatkan beliau sebagai Olahragawan Terbaik Kategori 12 Tahun. Pencapaian pada tahun ini mengulangi pencapaian beliau pada tahun 2010 apabila berjaya merangkul gelaran Olahragawan Terbaik Kategori Lelaki 10 Tahun. Beliau yang masih belajar di Tahun 5 mempunyai masa depan yang cerah dalam olahraga dan berpeluang untuk lebih gemilang pada tahun hadapan.
Anugerah Olahragawan Terbaik membuktikan bahawa SKPE memiliki potensi murid yang berkualiti.
Semoga SKPE akan terus gemilang.
0 comments:
Catat Ulasan