
Pada hari Jumaat 25 Mac 2011 yang lepas, Majlis Akujanji UPSR telah dijalankan di Makmal Komputer SKPE. Majlis ringkas tersebut telah dirasmikan oleh Encik Azamani Bin Ghazali dari PPD mersing. Pihak sekolah sangat berbangga dengan komitmen semua ibu bapa murid Tahun 6 yang dapat menghadiri majlis tersebut. Selain ucapan daripada Guru Besar dan Pegawai PPD, satu sesi pembentangan program kecemerlangan UPSR telah turut disampaikan oleh Guru Penyelaras UPSR iaitu Cikgu Zamri Basumi. Selain itu, satu sesi soal-jawab telah turut diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan dan masalah anak-anak mereka. Di akhir majlis, semua murid Tahun 6 telah melafazkan ikrar seta janji mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR dan diikuti oleh lafaz ikrar ibu bapa untuk sama-sama membantu anak-anak dan pihak sekolah.
0 comments:
Catat Ulasan