Pada hari Isnin 29 Mac 2011, SKPE telah menghantar pasukan catur ke Kejohanan Catur MSSD Mersing yang telah diadakan di SMK (FELDA) Tenggaroh A, Mersing. Pasukan catur SKPE diwakili oleh 4 orang pemain iaitu Ahmad Sarifudin Adnan, Ahmad Rustam Razali, Mohd.Isma Zulkarnain dan Mohd.Ridhwan Jumak.Dalam pertandingan yang dijalankan sebanyak 6 pusingan itu, pasukan SKPE telah menduduki tempat ke-11 daripada 14 pasukan daripada sekolah-sekolah dalam daerah Mersing yang mengambil bahagian. Dalam kategori individu pula, Ahmad Rustam Razali telah menempatkan diri di kedudukan ke-19 daripada 54 orang pemain keseluruhannya.
Tahniah dan syabas kepada pasukan catur SKPE.

0 comments:
Catat Ulasan