SEJARAH TERCIPTA LAGI DI SKPE....
SKPE telah menghantar dua regu sepak takraw ke Kejohanan Sepak Takraw MSSD Mersing yang telah diadakan di Dewan SMK Ungku Husin, Endau dari 26-27 April yang lalu. Kejohanan selama dua hari itu telah disertai oleh 26 regu daripada sekolah-sekolah rendah Daerah Mersing. Sekalung TAHNIAH dan SYABAS kepada regu A SKPE yang telah menjuarai kejohanan tersebut. Dengan kemenangan itu, Regu A yang diwakili oleh Wan Mohamad Khairul Azwan Wan Abd.Aziz, Soliehin Sulaihudin, Ahmad Rustam Razali dan Mohamad Khairil Ikhwan Mohd.Kasmi telah berjaya melunaskan dendam terkandas di separuh akhir dalam kejohanan yang sama pada tahun 2010 yang lepas.
Di pusingan pertama mereka telah mengungguli Kumpulan D untuk mara ke peringkat kalah mati di pusingan kedua sebelum mendapat kemenangan percuma daripada regu SK Tenggaroh 2. Di suku akhir, mereka menewaskan Regu A SK Bandar Endau sebelum menewaskan Regu A SK Tenglu di separuh akhir. Dalam perlawanan akhir, mereka telah menewaskan Regu B SK Teluk Lipat. Apa yang lebih membanggakan, mereka telah menewaskan kesemua lawan mereka dengan kemenangan terus (straight set) 2-0.
Dengan kejayaan tersebut, regu yang dilatih oleh Cikgu Zamri Basumi dan diuruskan oleh Cikgu Mahathir Mohamad itu akan mewakili Daerah Mersing ke Kejohanan Sepak Takraw MSSJ di Kota Tinggi pada 6-8 Mei ini.
Syabas juga diucapkan kepada Regu B SKPE yang diwakili oleh Riduan Mat Ripin, Mohamad Zakwan Abd.Jalil, Zahirudin Shukor dan Wan Ashraf Wan Asri kerana telah menjadi naib johan Kumpulan H dan mara hingga ke pusingan kedua.
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Jumaat, April 29, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan