Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Isnin, Februari 20, 2012

Ceramah Motivasi & Akujanji UPSR 2012

Program Ceramah Motivasi dan Akujanji UPSR 2012 telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat 17 Januari yang lalu. Program ini adalah disasarkan terhadap semua calon UPSR serta ibu bapa/penjaga mereka. Objektif program ini ialah untuk:
  1. memberi dorongan dan semangat kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun ini.
  2. memberi kesedaran kepada murid-murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR.
  3. meningkatkan kerjasama ibu bapa/penjaga murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR.
  4. meningkatkan pencapaian UPSR dari segi kualiti dan kuantiti.
Sesi ceramah motivasi telah disampaikan oleh En.Wan Mohd.Ghazali bin Wan Mat (Guru Besar SK Air Papan,Mersing). Di akhir program semua ibu bapa/penjaga serta murid-murid telah melafazkan akujanji untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR nanti.

Diharap program ini dapat memberikan manfaat kepada semua murid tahun 6 dan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang telah memberikan kerjasama hadir bersama-sama menjayakan program ini.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam