Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Pihak sekolah telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul 2012M/1433H yang telah diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan sekolah pada hari Sabtu 11 Februari 2012 yang lalu.

Majlis pada pagi itu bermula dengan perarakan semua warga sekolah sejauh 1 km sambil berselawat sebelum berkumpul di surau sekolah untuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Tn.Hj.Ramlan bin Ngadiman dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Mersing.
2 comments:
Kayuh laju Cikgu Abu... Jangan sampai hangit
Salam. Meriah & seronok tgok anak2 makan dalam dulang. Syabas & tahniah penganjur
http://mrsmmersing.blogspot.com
Catat Ulasan