Audit Akademik Ujian Pengesanan Pencapaian Murid (UPPM) 2 bagi murid-murid Tahun 6 telah dijalankan pada hari Jumaat 22 Jun 2012 yang lalu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua murid Tahun 6 serta ibu bapa mereka bagi mengetahui tentang pencapaian semasa mereka.Di majlis tersebut, mereka telah dipaparkan dengan Headcount Individu yang diunjurkan kepada setiap seorang murid. Majlis yang dikendalikan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah iaitu Cikgu Zamri Basumi telah turut disertai oleh guru-guru mata pelajaran yang lain iaitu Cikgu Dzul Hilmi, Cikgu Wan Musa dan Cikgu Mohamad Aziz. Di akhir majlis, Guru Besar telah membuat rumusan tentang pencapaian semasa dan unjuran sekolah dalam UPSR.



0 comments:
Catat Ulasan