Kejohanan Olahraga peringkat sekolah kembali diadakan pada tahun 2012 ini selepas tidak diadakan pada tahun lepas. Kejohanan yang dijalankan pada 28 Jun 2012 yang lepas dianjurkan secara sederhana tetapi berlangsung dengan sungguh meriah dengan penglibatan semua murid, guru, kaki tangan serta ibu bapa.Kejohanan bermula sejak 27 Jun lagi dengan berlangsungnya acara Sukantara yang melibatkan 3 buah rumah sukan iaitu Panglima (Kuning), Temenggong (Merah) dan Laksamana (Hijau). Kemeriahan jelas terlihat dalam semua acara yang dipertandingkan iaitu 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 4x200 meter, lompat tinggi, lompat jauh, merejam lembing, lontar peluru serta acara murid Pra-Sekolah.
Di akhir kejohanan, rumah Temenggong (Merah) telah menjadi johan keseluruhan acara olahraga. Rumah merah telah memenangi acara perbarisan rumah sukan, pertandingan khemah terbaik serta peserta terbaik perempuan kategori Bawah 12 Tahun melalui adik Sahidatul Aini Mazlan.
Majlis perasmian penutup kejohanan telah disempurnakan oleh En.Wan Azman Wan Jusoh iaitu Ketua Kampung Penyabong.




0 comments:
Catat Ulasan