Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Sabtu, Februari 23, 2013

Progam Kunjung Permata PPD Mersing


Pada 19 Februari 2013 yang lalu satu rombongan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Mersing yang diketuai oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah telah berbesar hati membuat lawatan ke SKPE sempena program Kunjung Bantu Siri 2/2013. Antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka adalah seperti pemantauan guru, pemantauan dokumen dan fail, motivasi calon UPSR dan taklimat. Pihak sekolah sangat bertuah dan berbangga dengan lawatan tersebut.



Ahad, Februari 10, 2013

Program Headcount & Akujanji UPSR 2013


Majlis pembentangan headcount calon-calon UPSR SKPE 2013 serta akujanji ibu bapa dan pelajar telah dijalankan pada 8 Februari yang lepas. Majlis yang berlangsung di Dewan SKPE itu telah dirasmikan oleh Guru Besar yang di dalam ucapannya menekankan tentang kepentingan pengetahuan ibu bapa tentang pencapaian semasa anak-anak. Beliau turut mengharapkan agar wujud kerjasama yang erat di antara ibu bapa dengan pihak sekolah demi kelangsungan pembelajaran anak-anak. Pada majlis itu juga laporan tentang TOV dan ETR calon, unjuran 2013, pencapaian 2012 serta program-program kecemerlangan yang sedang dan akan dijalankan sepanjang 2013 telah dibentangkan oleh Setiausaha Peperiksaan Cikgu Zamri Basumi. Majlis diakhiri dengan lafaz akujanji oleh semua ibu bapa serta calon-calon UPSR.

 
 

Sabtu, Januari 26, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya pada 25 Januari 2013. Sambutan diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan penyertaan semua warga SKPE yang bersama-sama bergotong-royong memasak serta membuat persediaan sebelum majlis dijalankan.
Sambutan dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan perarakan berjalan kaki sejauh 0.5 km melalui sekitar kampung. Sebelum ceramah dijalankan, satu acara menulis dan mewarna tulisan khat telah dijalankan yang melibatkan semua murid.
Ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini telah disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal bin Sati dari SMK Tan Sri Abdul Kadir.
Selepas selesai mendengar ceramah, semua hadirin telah dihidangkan dengan jamuan nasi minyak yang dimasak secara bergotong-royong.


 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam