Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Memaparkan catatan dengan label hebahan ppd/jpn/kpm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hebahan ppd/jpn/kpm. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 01, 2011

NKRA Pendidikan

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.



1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

Rabu, Februari 24, 2010

Takwim Peperiksaan Awam 2011

UPSR :
Ujian Bertulis ; 13 – 15 September 2011 (3 hari)

PMR :
Ujian Bertulis ; 4-6 Oktober 2011 & 11 – 12 Oktober 2011 (5 hari)

SPM :
Ujian Bertulis ; 14 November – 14 Disember 2011 (16 hari)

STPM :
Ujian Lisan ; 20 – 22 Sept & 27 – 29 Sept 2011
Ujian Bertulis ; 21 November 2011 – 15 Disember 2011

STAM :
Ujian Lisan ; 11 – 14 Julai 2011 & 18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis ; 12 – 13 Okt 2011 & 17 – 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (Ulangan) :
Ujian Lisan ; 15 -17 Jun 2011 (3 hari)
Ujian Bertulis ; 13- 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 – 17 Jun 2011 (3 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.


Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:

UPSR : 03 – 8884 3382
PMR : 03 – 8884 3394
SPM : 03 – 8884 3330
STAM : 03 – 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 – 8884 3346

Sumber : Lam Web KPM

Selasa, Februari 23, 2010

Memperkukuhkan Aktiviti Sukan Di Sekolah

Klik pautan di bawah untuk membaca Kenyataan Media KPPM berkaitan perkara di atas.

http://www.moe.gov.my/?id=26&aid=669

Selasa, Februari 02, 2010

Penyalahgunaan Aplikasi Jaringan Sosial Di Kalangan Penjawat Awam

Klik pautan di bawah untuk membaca pekeliling berkaitan perkara tersebut.

http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/download.php?id=774

Isnin, Februari 01, 2010

Pengerusi JKD SR Daerah Mersing 2010

PENGERUSI-PENGERUSI PANITIA MATA PELAJARAN
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING
2010


PENYELARAS KECEMERLANGAN - SK SAWAH DATO'
PENILAIAN & PEPERIKSAAN DALAMAN (HEADCOUNT) - SK TENGLU
BAHASA MALAYSIA - SK LEMBAGA
BAHASA INGGERIS - SK SRI PANTAI
MATEMATIK - SK TERIANG
SAINS - SK KEM ISKANDAR
BAHASA MALAYSIA SJK - SJKC CHIAO CHING
BAHASA CINA - SJKC PAI CHEE
BAHASA INGGERIS - SJK SJK TAMIL
BAHASA TAMIL ( SK & SM ) - SJK TAMIL
PEND. JASMANI & KESIHATAN - SK NITAR 01
PENDIDIKAN ISLAM - SK TENGGAROH 05
KAJIAN TINDAKAN (Timbalan Pengerusi) - SK PUSAT AIR TAWAR
KAJIAN TEMPATAN - SK NITAR 02
PENDIDIKAN KHAS - SK BANDAR ENDAU
PENDIDIKAN MUZIK - SJKC KG.HUBONG
PENDIDIKAN MORAL - SJKC JEMALUANG
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH - SK BANDAR MERSING
PEND.SIVIK & KEWARGANEGARAAN - SK TENGGAROH 01
PENDIDIKAN KOMPUTER / ICT - SK TELUK LIPAT
KEMAHIRAN HIDUP - SK TENGGAROH 03
PENDIDIKAN SENI VISUAL - SK TENGGAROH 06

PENGERUSI ZON BANDAR - RAFIE DALI
PENGERUSI ZON NITAR - SHAMSUDIN OTHMAN
PENGERUSI ZON TENGGAROH - RASHIDI MAT JALIL
PENGERUSI ZON ENDAU - OTHMAN ABD. MANAN

Khamis, Januari 21, 2010

Pelaksanaan MBMMBI

Klik pautan di bawah untuk membaca maklumat berkaitan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memantapkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) berkenaan Pelaksanaan P&P Sains Dan Matematik di sekolah rendah dan menengah.

http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=567

Jadual Peralihan Dasar PPSMI ke MBMMBI

Klik pautan di bawah untuk melihat jadual berkaitan peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI di sekolah rendah.

http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=604

Rabu, Januari 20, 2010

Murid Layak RMT 2010

Jawatankuasa Bantuan Sekolah yang telah bermesyuarat pada awal tahun ini memutuskan bahawa seramai 29 orang murid layak menerima bantuan RMT pada tahun 2010. Pemilihan dibuat berdasarkan maklumat pendapatan keluarga yang diisi dan dinyatakan oleh ibu/bapa/penjaga murid di dalam Borang Maklumat Murid (BMM) Versi 4.0. Kriteria utama pemilihan adalah berdasarkan pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM80.00. Senarai kesemua pelajar telah dihantar ke Unit Pembangunan Kemanusiaan pada 15 Januari 2010 lepas untuk disahkan.

Berikut adalah maklumat penerima RMT mengikut pecahan kelas dan jantina.

KELASLAYAKJUMLAH
Tahun 1L - 03 P - 0306
Tahun 2L - 02 P - 0103
Tahun 3L - 02 P - 0103
Tahun 4L - 04 P - 0307
Tahun 5L - 03 P - 0104
Tahun 6L - 03 P - 0306
JUMLAHL - 17 P - 1229

Print this page

Selasa, Januari 05, 2010

Peraturan Mengenai Kebenaran Meninggalkan Pejabat Pada Waktu Bekerja

Klik pautan di bawah untuk membaca pekeliling JPA(SARAAN) (S) 1619 Klt. 16(7) mengenai perkara di atas untuk makluman dan tindakan.

http://www.johordt.gov.my/ppdmersing/upload/KEBENARAN_MENINGGAL_PEJABAT.pdf

Tarikh-Tarikh Peperiksaan Sekolah Rendah 2010

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Majlis Guru Besar Negeri Johor telah membuat satu penyelarasan berkenaan tarikh-tarikh peperiksaan dalaman dan peperiksaan peringkat negeri Johor.


Berikut dilampirkan jadual berkenaan untuk makluman dan tindakan.

http://www.johordt.gov.my/ppdmersing/upload/tarikh_peperiksaan_mgb.pdf

Isnin, Januari 04, 2010

e-Takwim JPNJ 2010

Klik pautan di bawah untuk ke paparan aplikasi e-Takwim JPNJ 2010.

http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v2/aplikasi/etakwim/

Sabtu, Disember 19, 2009

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Untuk membaca perutusan awal tahun sesi persekolahan 2010 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sila klik pautan di bawah..

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=480

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam