Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 23, 2013

Progam Kunjung Permata PPD Mersing


Pada 19 Februari 2013 yang lalu satu rombongan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Mersing yang diketuai oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah telah berbesar hati membuat lawatan ke SKPE sempena program Kunjung Bantu Siri 2/2013. Antara aktiviti yang dilakukan oleh mereka adalah seperti pemantauan guru, pemantauan dokumen dan fail, motivasi calon UPSR dan taklimat. Pihak sekolah sangat bertuah dan berbangga dengan lawatan tersebut.



Selasa, Januari 15, 2013

Pelancaran Program Anak Angkat Kecemerlangan UPSR 2013

 Program Anak Angkat murid-murid Tahun 6 telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar SKPE pada 14 Januari 2013. Program tersebut adalah salah satu program yang dirancang khas untuk mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Semua 13 orang murid telah dibahagikan kepada 5 orang guru angkat yang akan memantau perkembangan serta pencapaian pembelajaran mereka. Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan murid khasnya serta SKPE amnya.

Pelancaran Program Bijak Sifir 2013


Panitia Matematik SKPE telah merancang Program Bijak Sifir untuk membantu murid-murid mengatasi masalah penguasaan sifir. Program yang disasarkan kepada semua murid telah dilancarkan pada 14 Januari 2013 oleh Tuan Guru Besar SKPE.
Di dalam majlis itu, satu acara simbolik penyerahan Petak Sifir kepada murid telah dilakukan.
Di dalam ucapannya, Tuan Guru Besar mengharapkan agar dengan adanya program ini akan dapat membantu mengatasi kelemahan murid dalam Matematik.

Isnin, Januari 07, 2013

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2013


Satu majlis ringkas penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SKPE bagi tahun 2013 telah diadakan pada pagi Isnin 07 Januari 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPE En.Saidan A.Jalal.

Selasa, September 11, 2012

Selamat Berjuang Putera & Puteri SKPE

Warga SKPE mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR SKPE yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR dari 11 hingga 13 September 2012.
Semoga anda akan dapat menjawab dengan tenang dan betul serta memperolehi kejayaan yang cemerlang. Insyaallah.

Rabu, Ogos 15, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Warga SK Penyabong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
.

Selasa, Julai 24, 2012

Peperiksaan Percubaan U.P.S.R 2012

Semua calon UPSR sekolah ini sedang menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR yang dijalankan serentak di seluruh negeri Johor dari 24-26 Julai 2012.

SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada semua calon UPSR amnya dan calon SKPE khasnya. Semoga anda semua memperoleh keputusan yang cemerlang.

Selasa, Jun 05, 2012

Program Permata Ayah Bonda


SKPE telah menghantar beberapa orang wakil terdiri daripada pelajar calon UPSR 2012 serta guru pengiring untuk menyertai Program Permata Ayah Bonda yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Endau pada 5 Jun 2012. Program tersebut telah disertai oleh kira-kira 400 orang pelajar dari sekolah-sekolah di Zon Endau yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.
Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kg.Air Tawar, Endau itu telah menampilkan penceramah motivasi yang terkenal iaitu Dato' Dr.Hj. Mohd.Fadzilah Kamsah. Selepas selesai sesi ceramah bersama pelajar, beliau telah memberikan ceramah kepada ibu- bapa serta guru-guru yang turut hadir ke majlis tersebut.

Rabu, Januari 11, 2012

Selamat Jalan & Selamat Datang

Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada En.Abd.Fadzil b. Abd.Malek (PK Pentadbiran) dan En.Azizi b. Ab.Aziz (PK HEM) yang telah bertukar setara ke SK Pusat Air Tawar, Endau berkuatkuasa 01 Januari 2012 yang lalu.


Selamat Datang diucapkan kepada En.Zakaria b. Lamri (PK Pentadbiran) yang bertukar setara ke sini dari SK Lembaga, Endau dan En.Mohd.Razak b. Mahat (PK HEM) dari SK Pusat Air Tawar, Endau.

Ahad, Januari 30, 2011

Gong Xi Fa Cai

Sukacitanya kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA - GONG XI FA CAI kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua .

Moga aman sejahtera dan bahagia selalu.

Jumaat, November 12, 2010

Keputusan UPSR 2010

Berikut adalah pencapaian calon-calon UPSR SK Penyabong bagi tahun 2010 :

BM (Pem) - 100.0%
BM (Pen) - 80.0%
BI - 100.0%
MATE - 86.7%
SNS - 100.0%
% Keseluruhan - 80.0%
5A - 1
4A1B - 2

Pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik SKPE. Tahniah diucapkan kepada semua calon, guru, staf, ibu dan bapa yang telah banyak menyumbang ke arah pencapaian ini.

Selasa, September 21, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Seluruh warga SKPE mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN bagi calon-calon UPSR 2010 yang akan bermula pada 21 hingga 23 September 2010 nanti.
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan yang cemerlang

Ahad, Ogos 01, 2010

Keutaman Bulan Ramadhan dan Beramal di Dalamnya

Keutaman Bulan Ramadhan dan Beramal di Dalamnya

1. "Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

2. "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : "Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadhan: Di bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan." (Riwayat Ahmad dan Nasai )

3. "Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda :" Shalat Lima waktu, Shalat Jum'at sampai Shalat Jum'at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim)

4. "Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa'at seseorang hamba di hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).

5. "Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu maka ditutuplah pintu itu." (HR. Bukhary Muslim).

6. Rasulullah saw. bersabda : "Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang" ( HR.Bukhari Muslim).

KESIMPULAN : Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :




Bulan Ramadhan adalah:

* Bulan yang penuh Barakah.
* Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
* Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
* Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
* Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).


Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
* Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
* Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
* Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).



Petikan Ihsan/ Team Ihya As-Sunnah di http://ruqyah-online.blogspot.com

Khamis, Mei 20, 2010

Lawatan Salam Permata PPD Mersing

Pada hari Selasa, 18 Mei 2010 yang lepas, 3 orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Mersing diketuai oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Mersing En.Md.Jais b. Samat, En.Wan Nazri b. Wan Abd.Rahman dan Cik Ainul Hayati bt. Raof telah membuat lawatan ke SKPE sempena Program Salam Permata PPD Mersing. Lawatan yang bertujuan untuk bertemu dengan murid-murid Tahun 6 serta guru-guru mata pelajaran teras itu telah diisi dengan sesi motivasi yang disampaikan oleh Timbalan PPD sendiri. Beliau telah memberikan amanat dan perangsang kepada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini agar sentiasa berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Sesi motivasi selama hampir 45 minit itu diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati daripada PPD Mersing kepada semua murid dan guru. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas keprihatinan serta perhatian yang telah diberikan oleh pihak PPD Mersing.


Ahad, April 25, 2010

Kemuliaan Bulan Rejab

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Sabda Nabi s.a.w.:
" Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."
Sabda Nabi s.a.w.:
" Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADAR Nya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, mengucap dua kalimah syahadah tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap:
" Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka."

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”. (dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Khamis, Februari 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

Warga SK Penyabong mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. Jangan jadikan sambutan Maulidur Rasul ini sebagai adat semata-mata, tetapi renungkanlah kekuatan disebalik peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiulawal ini agar setiap daripada kita akan berjaya dalam kehidupan yang dituju. Diharapkan agar seluruh umat Islam mengambil pengajaran daripada insan bernama Rasulullah ini dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, Rasulullah SAW adalah pemimpin agung untuk semua umat manusia yang tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. Marilah kita mengharmonikan masyarakat kita dengan memupuk semangat dan perasaan kecintaan kita terhadap rakan-rakan sekeliling kita yang tidak mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan.

Khamis, Februari 11, 2010

Selamat Tahun Baharu Cina

Warga SKPE mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 14 hb Febuari 2010 ini, kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina. Semoga tahun baru ini, akan mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum di Malaysia.Bersama-sama kita menjadikan Malaysia negara yang selamat, aman dan makmur.

`Selamat Tahun Baru Cina 2010 & Selamat Bercuti'

Ingin tahu tentang Tahun Baharu Cina? Klik di sini...

Sabtu, Januari 23, 2010

Daulat Tuanku

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru pada hari ini 23 Januari 2010.Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi.

Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama. Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

baca selanjutnya....

KEMANGKATAN SULTAN


KAMI WARGA SK PENYABONG MERAFAK TAKZIAH KEPADA KERABAT DYMM SULTANAH ZANARIAH DAN ANAKANDA-ANAKANDA SERTA KERABAT BAGINDA ATAS KEMANGKATAN DYMM SULTAN ISKANDAR AL-MUTAWAKKIL ALALLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ISMAIL, SULTAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR.

Jumaat, Januari 22, 2010

Menteri Pelajaran Malaysia (1955-2010)

BIL

TAHUN

NAMA

1

1955-1957

Tun Abdul Razak Hussein

2

1957-1960

Tan Sri Mohamed Khir Johari

3

1960-1962

Encik Abdul Rahman Talib

4

1962-1964

Capt. Hj. Abdul Hamid Khan

5

1964-1965

Encik Abdul Rahman Talib

6

1965-1969

Tan Sri Mohamed Khir Johari

7

1969-1970

Datuk Hj. Abdul Rahman Ya'kob

8

1970-1973

Tun Hussein Onn

9

1973-1974

Encik Mohamed Yaacob

10

1974-1977

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed

11

1978-1981

Tan Sri Datuk Musa Hitam

12

1981-1984

Datuk Dr Sulaiman Daud

13

1984-1986

Datuk Abdullah Ahmad Badawi

14

1986-1991

Datuk Seri Anwar Ibrahim

15

1991-1995

Datuk Dr Sulaiman Daud

16

1995-1999

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

17

1999- 2004

Tan Sri Musa Mohamad

18

2004- 2009

Datuk Hishamudin Tun Hussein

19

2009- kini

Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam