Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Ahad, Februari 10, 2013

Program Headcount & Akujanji UPSR 2013


Majlis pembentangan headcount calon-calon UPSR SKPE 2013 serta akujanji ibu bapa dan pelajar telah dijalankan pada 8 Februari yang lepas. Majlis yang berlangsung di Dewan SKPE itu telah dirasmikan oleh Guru Besar yang di dalam ucapannya menekankan tentang kepentingan pengetahuan ibu bapa tentang pencapaian semasa anak-anak. Beliau turut mengharapkan agar wujud kerjasama yang erat di antara ibu bapa dengan pihak sekolah demi kelangsungan pembelajaran anak-anak. Pada majlis itu juga laporan tentang TOV dan ETR calon, unjuran 2013, pencapaian 2012 serta program-program kecemerlangan yang sedang dan akan dijalankan sepanjang 2013 telah dibentangkan oleh Setiausaha Peperiksaan Cikgu Zamri Basumi. Majlis diakhiri dengan lafaz akujanji oleh semua ibu bapa serta calon-calon UPSR.

 
 

Sabtu, Januari 26, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya pada 25 Januari 2013. Sambutan diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan penyertaan semua warga SKPE yang bersama-sama bergotong-royong memasak serta membuat persediaan sebelum majlis dijalankan.
Sambutan dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan perarakan berjalan kaki sejauh 0.5 km melalui sekitar kampung. Sebelum ceramah dijalankan, satu acara menulis dan mewarna tulisan khat telah dijalankan yang melibatkan semua murid.
Ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini telah disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal bin Sati dari SMK Tan Sri Abdul Kadir.
Selepas selesai mendengar ceramah, semua hadirin telah dihidangkan dengan jamuan nasi minyak yang dimasak secara bergotong-royong.


Jumaat, Januari 25, 2013

Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100

Majlis Penyampaian Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada 90 orang murid SKPE telah diadakan pada 21 Januari 2013 yang lalu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mersing iaitu YB Datuk Dr.Hj.Abd.Latiff bin Hj.Ahmad merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia. Turut sama hadir di dalam majlis tersebut adalah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing, En.Md.Jais bin Samat.





Selasa, Oktober 16, 2012

Pertandingan Memasak Tahun 6

Pada tanggal 5 Oktober 2012 telah dijalankan satu pertandingan memasak di SK Penyabong. Pertandingan ini melibatkan semua murid tahun 6 Cemerlang. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan hidangan tengahari sebagai menu mereka. 

 







Program Lawatan ke Kuala Lumpur dan Selangor

Pada tanggal 30 September dan 1 Oktober, Sekolah Kebangsaan Penyabong telah menjalankan satu program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dan Selangor. Program ini telah disertai oleh pelajar dari tahun 3, 4, 5 dan 6. Lawatan pada 30 September bertempat di Kuala Lumpur manakala pada 1 Oktober bertempat di Shah Alam, Selangor.

Program 30 September 2012


Solat Subuh dan bersiap di Masjid Negara Kuala Lumpur sebelum memulakan lawatan .

Destinasi pertama: Taman Burung Kuala Lumpur.

Bergambar bersama burung merak. 

Selasa, Ogos 28, 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2012

Satu majlis ringkas sempena Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2012 perringkat sekolah telah diadakan pada 27 Ogos bertempat di Dewan SKPE. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPE diikuti dengan tayangan video, nyanyian lagu-lagu patriotik serta mengibarkan jalur gemilang oleh semua warga SKPE.

Rabu, Ogos 15, 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012


Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Ogos 2012 di Surau SKPE. Majlis tersebut merupakan kemuncak kepada Program Taddarus Al-Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini dan telah disertai oleh seramai 30 orang murid serta 10 orang guru pembimbing. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKPE.

Selasa, Julai 10, 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah berjaya dijalankan di peringkat sekolah pada pagi 10 Julai 2012. Program yang dijalankan sertentak di seluruh negara itu telah dimulakan tepat jam 9.00 pagi dengan diketuai oleh Guru Besar dan disertai oleh semua murid, guru, staf sokongan serta pekerja kantin.
Sebelum acara senamrobik dimulakan, satu majlis perasmian ringkas telah disempurnakan oleh Guru Besar.
  

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam