Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Khamis, November 19, 2009

DEBARAN BERAKHIR

Setelah lama menunggu dengan sabar akan keputusan peperiksaan UPSR, pada hari ini terlerailah sudah segala debaran dan kesangsian. Keputusan yang ditunggu-tunggu oleh kesemua calon dan guru diketahui jua akhirnya. Reaksi yang dilihat berbagai, ada yang gembira... ada yang sedih... ada yang biasa saja.
Penantian selama 5 tahun untuk mendapat calon memperolehi 5A turut berakhir pada hari ini walaupun hanya seorang saja calon yang berjaya mendapat 5A iaitu NURHASYIMAH BT PUADE.
Berikut dipaparkan peratusan lulus untuk setiap mata pelajaran.

BM (Pem) : 88.9
BM (Pen) : 77.8
BI : 81.5
Math. : 66.7
Sc. : 70.4

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya ini bukan garisan penamat dalam perlumbaan mengejar kejayaan. Kepada semua guru diucapkan syabas di atas usaha anda. Semoga SKPE akan lebih cemerlang pada 2010. Insyaallah.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam