Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Khamis, November 19, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009


Hari Anugerah Cemerlang telah dijalankan dengan jayanya pada pagi 19 November 2009 dengan dihadiri oleh ramai ibu bapa dan penjaga murid yang telah memenuhi dewan selepas selesai menandatangani buku pelaporan anak-anak mereka. Majlis pada tahun ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Penyabong, En.Azhar Bin Md.Ali.

Pada hari ini, semua murid yang telah mencapai kecemerlangan sama ada dalam akademik, ko-akademik, ko-kurikulum serta sahsiah telah dianugerahkan hadiah dan sijil penghargaan. Majlis turut diselang-selikan dengan 5 buah persembahan oleh murid-murid sekolah ini iaitu tarian, dikir barat, senamrobik, pakaian beragam dan sketsa.


Syukur kerana majlis telah berjalan dengan lancar berkat kerjasama yang mantap daripada guru-guru dan kakitangan sekolah.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam