Adalah dimaklumkan bahawa Guru Besar SKPE, Pn.Maimon Ismail akan bertukar ke SK Teriang, Endau. Menurut surat pertukaran yang telah diterima, tarikh berkuatkuasa pertukaran beliau adalah pada 16 November 2009 yang lepas. Pengganti beliau di SKPE masih belum dapat dipastikan tetapi apa yang pasti, warga SKPE akan merasa kehilangan seorang pemimpin yang berdedikasi.
Selain itu, SKPE juga akan turut kehilangan Pembantu Tadbir N17, En.Abd.Aziz B Abd.Hamid yang akan bertukar ke SK Pusat Air Tawar, Endau berkuatkuasa pada 01 Januari 2010. Tempat beliau akan digantikan oleh Pn.Fatimah yang bertukar dari Kota Tinggi.
Selamat bertugas di tempat baru kepada mereka berdua.
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Selasa, Disember 08, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan