Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Isnin, Februari 08, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010 telah dijalankan pada hari Sabtu, 6 Februari yang lepas. Acara tahunan ini masih menggunakan laluan dan jarak yang sama sebagaimana tahun lepas. Bagi kategori Tahap 1, jarak larian adalah sejauh 3 kilometer sementara bagi kategori Tahap 2 sejauh 6 kilometer.
Sebelum larian dimulakan, murid-murid dan guru-guru telah bersama-sama melakukan aktiviti regangan dan senamrobik. Larian disepanjang laluan berhampiran pantai bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat kira-kira sejam kemudian.
Selepas rehat dan jamuan ringan, sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam