Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Kesemua 17 orang guru SKPE telah menghadiri Kursus LDP kali pertama bagi Tahun 2010 peringkat sekolah yng telah dijalankan pada Sabtu 17 April 2010. Kursus yang bertajuk Kursus Memproses Buku disampaikan oleh Puan Is Roha Bt Musa iaitu Guru Media SKPE.

Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana kerja memproses buku dilakukan dengan prosedur yang betul dan berkesan. Ia turut bermatlamat memperkasakan Pusat Sumber Sekolah serta meningkatkan pencapaian program NILAM sekolah.
Kursus sehari itu dibahagikan kepada 3 sesi iaitu Ceramah Memproses Buku Pusat Sumber, Bengkel Memproses Buku dan Ceramah Buku Sebagai Gedung Ilmu. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKPE, En.Mansor bin Tahir pada jam 4.45 petang.
0 comments:
Catat Ulasan