.jpg)
.jpg)
Pada hari ini 2 November 2010, seramai 6 orang pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Daerah Mersing telah datang ke SKPE sempena Minggu Kokurikulum. Pasukan yang diketuai oleh En.Kent bin Hisham telah memberikan ceramah berkaitan pertolongan cemas serta menunjukkan demonstrasi memadam kebakaran. Mereka turut mengadakan kuiz yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua murid. Kesemua aktiviti yang dijalankan telah menarik minat semua murid yang kelihatan sangat teruja.
.jpg)
.jpg)
0 comments:
Catat Ulasan