Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Rabu, Mac 30, 2011

Kejohanan Catur MSSD Mersing 2011

Pada hari Isnin 29 Mac 2011, SKPE telah menghantar pasukan catur ke Kejohanan Catur MSSD Mersing yang telah diadakan di SMK (FELDA) Tenggaroh A, Mersing. Pasukan catur SKPE diwakili oleh 4 orang pemain iaitu Ahmad Sarifudin Adnan, Ahmad Rustam Razali, Mohd.Isma Zulkarnain dan Mohd.Ridhwan Jumak.
Dalam pertandingan yang dijalankan sebanyak 6 pusingan itu, pasukan SKPE telah menduduki tempat ke-11 daripada 14 pasukan daripada sekolah-sekolah dalam daerah Mersing yang mengambil bahagian. Dalam kategori individu pula, Ahmad Rustam Razali telah menempatkan diri di kedudukan ke-19 daripada 54 orang pemain keseluruhannya.
Tahniah dan syabas kepada pasukan catur SKPE.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam