Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Isnin, Mac 07, 2011

Ahmad Rustam Rangkul Gelaran Olahragawan Terbaik Kategori Lelaki 12 Tahun

Atlet SKPE telah mencatat sejarah sekali lagi kerana berjaya merangkul gelaran Olahragawan Terbaik Kategori 12 Tahun dalam Kejohanan Balapan & Padang MSSD Mersing kali ke 33 yang telah dijalankan dari 01 Mac hingga 04 Mac 2011 yang lepas di padang SMK Anjung Batu, Mersing.

Kejayaan atlet SKPE iaitu Ahmad Rustam bin Razali mengungguli acara 100 meter dan 200 meter telah menobatkan beliau sebagai Olahragawan Terbaik Kategori 12 Tahun. Pencapaian pada tahun ini mengulangi pencapaian beliau pada tahun 2010 apabila berjaya merangkul gelaran Olahragawan Terbaik Kategori Lelaki 10 Tahun. Beliau yang masih belajar di Tahun 5 mempunyai masa depan yang cerah dalam olahraga dan berpeluang untuk lebih gemilang pada tahun hadapan.

Anugerah Olahragawan Terbaik membuktikan bahawa SKPE memiliki potensi murid yang berkualiti.
Semoga SKPE akan terus gemilang.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam