Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Jumaat, November 13, 2009

LAGI.... AKTIVITI MINGGU KO-KURIKULUM

PERTANDINGAN FUTSAL & BOLA JARING


12.11.09 - Setelah 3 slot aktiviti sempena Minggu Ko-Kurikulum dikendalikan oleh pihak-pihak luar yang dijemput khas, hari keempat dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru sekolah ini. Pertandingan Futsal 4 sebelah untuk semua murid lelaki Tahun 4-6 telah dijalankan di Gelanggang Futsal Penyabong. Pertandingan disertai oleh 6 pasukan iaitu Liverpool, Manchester United, Chelsea, Real Madrid, Arsenal dan Brazil. Di akhir pertandingan, pasukan Brazil telah muncul sebagai juara. Semua perlawanan telah diadili oleh Cikgu Azizi dan Cikgu Zamri dengan dibantu oleh Cikgu Abuzar, Cikgu Mahathir dan Cikgu Dzul.


Sementara itu di gelanggang bola jaring, murid-murid perempuan Tahun 4-6 yang mewakili 8 pasukan telah bertarung untuk menjuarai pertandingan bola jaring 3 lawan 3. Di akhirnya, pasukan Fantastic Team telah muncul juara dikuti pasukan Netball Girls sebagai naib juara dan The Winner di tempat ketiga. Pertandingan yang berlanjutan hingga ke tengahari telah diadili oleh Cikgu Haaneeza Maria dan Cikgu Nooratyqah.



MINI SUKANEKA



13.11.09 (JUMAAT) - Di hari terakhir minggu ko-kurikulum satu sukaneka mini telah dijalankan yang dikhaskan untuk murid-murid Tahap 1. Sukaneka yang dijadualkan untuk dijalankan di gelanggang terbuka terpaksa dijalankan di dalam dewan kerana hujan yang turun sejak awal pagi lagi. Walaupun di dalam dewan, acara-acara yang diatur tetap meriah dan menghiburkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah tiup belon, mengisi air dalam botol, lontar pundi kacang dalam bakul, bawa bola dengan peha, bowling botol dan mencari gula-gula dalam tepung.

1 comments:

zzie berkata...

Tahniah dan terima kasih cikgu kerana berjaya menjayakan program yang dirancang khusus untuk pelajar.Kepada pelajar yang dikasihi sekalian tahniah kerana tidak ponteng sekolah...dan terima kasih kerana memberi sokongan dan kerjasama.Tahun depan insyallah kita rancang program yang lebih menarik lagi.

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam