09.11.09 (ISNIN) - Ceramah berkaitan keselamatan jalan raya dan lalu-lintas telah disampaikan oleh 2 anggota dari IPD Mersing (Cawangan Trafik) iaitu Sjn.Mohamad Izani Ismail dan Kpl.Mazlan Esal. Di samping aktiviti ceramah, mereka turut mengadakan pameran yang sangat menarik dan memberi kesedaran terhadap kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya serta akibat jika mengabaikannya.
CERAMAH & DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN
10.11.09 (SELASA) - Sepasukan anggota Bomba & Penyelamat dari Balai Bomba Endau yang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Hamdan Abd.Latif telah mengadakan satu demonstrasi memadam kebakaran yang sangat mengujakan dan disertai bersama oleh seluruh warga sekolah. Mereka telah menunjukkan cara yang betul memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api (fire extiguisher).
Di samping itu, satu latihan menghadapi kebakaran (fire-drill) telah turut diadakan. Melalui latihan itu, seluruh warga sekolah telah mengikuti dengan betul semua langkah keselamatan dan arah pergerakan ketika berlakunya kebakaran.
Sebelum itu, di awal pagi, satu ceramah berkaitan kerjaya dan bidang tugas anggota Bomba & Penyelamat Malaysia telah disampaikan oleh Penolong Penguasa Hamdan.
CERAMAH & PAMERAN PERHILITAN
11.11.09 (RABU) - Seramai 5 orang pegawai dari Jabatan Perhilitan Mersing telah hadir memenuhi jemputan pihak sekolah untuk mengisi hari ketiga Minggu Ko-Kurikulum pada tahun ini. Mereka diketuai oleh Pn.Marina Yusof dan dibantu oleh Cik Norhidayah Mahmod, En.Muhamad Fahmi Zakaria, En.Mohd.Fauzi Haidzer Ali dan En.Ahmad Zaharudin Abdul Halim.
Ceramah yang disampaikan oleh Pn.Marina telah dapat menarik tumpuan dan perhatian murid-murid dengan kebijaksanaan beliau menyelitkan sesi soal jawab lisan yang memberi ganjaran hadiah kepada murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan. Tumpuan murid turut terpukau dengan tayangan video yang memaparkan aktiviti Jabatan Perhilitan Mersing seperti operasi menangkap pemburu haram dan operasi memindahkan gajah liar dari hutan Mersing ke Tasik Kenyir.Warga sekolah juga tertarik dengan bahan-bahan pameran yang dibawa oleh mereka.
Lagi aktiviti Minggu Ko-Kurikulum bakal menyusul...
0 comments:
Catat Ulasan