Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Sabtu, November 07, 2009

PENUTUPAN MINGGU BAHASA


Minggu Bahasa yang telah dilancarkan pada 2 November yang lepas telah ditutup secara rasmi oleh GPK HEM merangkap Pemangku Guru Besar, Cikgu Azizi Abd.Aziz semalam, 6 November 2009. Tujuan Minggu Bahasa diadakan adalah bagi merayakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh kerajaan.
Sepanjang 5 hari tersebut, beberapa acara dan pertandingan telah dijalankan seperti kuiz, bercerita, mendeklamasikan sajak, mengarang pantun, tulisan cantik dan mencari maklumat. Semua acara dan pertandingan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid-murid sekolah ini.


Sempena majlis penutupan rasmi, acara penyampaian hadiah-hadiah kepada semua pemenang pertandingan tersebut telah diadakan di dewan sekolah dan disempurnakan oleh Cikgu Azizi dan Cikgu Abuzar.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada yang kurang berjaya diucapkan syabas kerana telah mengambil bahagian dan semoga beroleh kejayaan pada masa depan.

1 comments:

jinbauxs berkata...

waduh...banyaknye aktiviti sekolah ni...tahniah,janji budak tak ponteng sekolah.syabas cikgu!

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam