Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Ahad, November 01, 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009


Seramai 43 orang ahli Pengakap dan Puteri Islam serta 15 guru pembimbing telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform yang diadakan di Sari Jentayu Resort, Tanjung Resang, Endau dari 30 hingga 31 Oktober 2009. Ahli-ahli Pengakap dan Puteri Islam tersebut adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 4,5 dan 6 sekolah ini.

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang 2 hari 1 malam mereka di sana seperti mendirikan khemah, aktiviti dalam kumpulan, kawad kaki, jungle trekking, mendaki bukit, mengenali flora dan fauna, berkelah di air terjun serta membina istana pasir.

Setiap aktiviti disertai oleh semua peserta dan guru pembimbing yang diketuai oleh GPK Ko-Kurikulum, Cikgu Abuzar Ibrahim dan Kem Komandan, Cikgu Mahathir Mohammad. Mereka merupakan jurulatih berpengalaman di Pusat Ko-Kurikulum Negeri Johor.

Di akhir program, Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar iaitu Pn.Maimon Ismail. Di dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar semua peserta akan dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah diterapkan sepanjang perkhemahan dijalankan seperti bekerjasama, menepati masa dan mematuhi arahan serta peraturan.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam