Tahniah diucapkan kepada pasukan sepak takraw SK Penyabong kerana telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Sepak Takraw Bawah 11 Tahun Daerah Mersing. Pertandingan yang dianjurkan oleh PPD Mersing itu telah dijalankan pada 2 November 2009 di SM Sains Sultan Iskandar Mersing dan disertai oleh 16 regu dari sekolah-sekolah rendah daerah Mersing.
Regu SK Penyabong yang diwakili oleh Wan Mohamad Khairul, Khairul Ikhwan, Mohd.Soliehin dan Ahmad Rustam telah berjaya memenangi perlawanan liga peringkat kumpulan dan mengungguli Kumpulan D.
Di peringkat suku akhir, regu SK Penyabong telah menewaskan regu SK Tenggaroh 2 dengan kemenangan 2-0 dan layak ke separuh akhir sebelum menewaskan SK Tenggaroh 3 dengan keputusan yang sama. Dalam perlawanan akhir, regu kita telah bertemu dengan regu SK Teriang dan telah berjaya memberi tentangan yang hebat sebelum tewas dengan tie-break 13-21, 23-21 dan 12-15.
Apa yang membanggakan, regu SK Penyabong yang dilatih oleh Cikgu Zamri adalah satu-satunya regu yang diwakili oleh pemain-pemain Tahun 4 dan Tahun 3. Ini memberikan harapan yang regu ini berpeluang mmencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus dan semua warga SK Penyabong.
0 comments:
Catat Ulasan