Sebagaimana yang telah diketahui, Pn.Maimon Ismail yang telah menjadi Guru Besar SK Penyabong sejak tahun 2002, telah bertukar ke SK Teriang, Endau mulai awal Disember 2009 yang lalu. Selama 8 tahun berkhidmat di sini, banyak sumbangan dan perubahan yang telah beliau lakukan terhadap sekolah ini.
Perpindahan beliau sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan akan dirasai oleh semua staf dan murid. Sesungguhnya segala jasa dan sumbangan beliau akan tetap diingati dan semoga beliau akan lebih cemerlang di sekolah yang baru. Terima kasih Cikgu....
1 comments:
Beliau adalah sahabat lama saya. Penempatan kali pertama kami di SK LKTP Adela 37 tahun lalu masih jelas di ingatan.
Beliau aktif dan mahir dalam bola jaring.
Kami sudah terputus hubungan. Bolehkah admin berkongsi nombor phonya untuk saya hubungi?
Terima kasih
Catat Ulasan