Sebagai satu usaha untuk menambah nilai terhadap konsep perkongsian idea dan maklumat, pada hari ini 29 Disember 2009, satu ruangan forum rasmi SK Penyabong telah pun diujudkan. Ruangan forum tersebut boleh dilawati dengan klik sahaja ikon yang terdapat di sidebar. Sesiapa sahaja yang melawati forum tersebut boleh meninggalkan sebarang catatan sama ada berbentuk berita, pertanyaan, komen, idea dan sebagainya.
Adalah diharapkan dengan adanya forum tersebut, kita akan dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Anda boleh mencatat sebagai 'guest' (tidak berdaftar) atau sebagai 'member' (daftar menjadi ahli).
Pihak kami (Admin) akan sentiasa memantau kandungan forum tersebut dan memberikan respon yang sesuai.
Tunggu apa lagi?... Jom kita berforum.
Jika anda tidak dapat mencari ikon di sidebar, sila klik pautan di bawah ini...
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Selasa, Disember 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan