Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan SKPE telah selesai mengadakan Mesyuarat Agungnya pada tengahari tadi, 12 Januari 2009 dengan sangat lancar dan berjaya. Mesyuarat telah dihadiri oleh hampir kesemua ahli kecuali beberapa orang yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi atau urusan yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat kali ini turut menjalankan pemilihan AJK yang baru untuk sesi 2010. Selain itu, mesyuarat secara sebulat suara telah meluluskan draf perlembagaan yang akan dijadikan sebagai perlembagaan kelab yang baru selepas dibincang dan dibahas bersama dengan mendalam. Beberapa pindaan terhadap peraturan yang berkaitan kebajikan ahli telah turut diluluskan.
Klik pautan di bawah untuk melihat senarai AJK sesi 2010.
http://skpenyabong.blogspot.com/2010/01/ajk-kkgk-sesi-2010.html
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Selasa, Januari 12, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan