Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Khamis, Januari 14, 2010

Perjumpaan Ko-Kurikulum Kali Pertama 2010



Perjumpaan ko-kurikulum yang pada tahun-tahun sebelum ini dijalankan pada setiap hari Sabtu telah diubah ke hari Rabu pada tahun ini. Oleh itu, pada 13 Januari 2010, perjumpaan kali pertama untuk tahun 2010 telah diadakan bagi Persatuan Pengakap, Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Bahasa dan Persatuan Sains & Matematik. Kesemua murid Tahap 2 seramai 48 orang telah dibahagikan bagi menyertai 1 pasukan unit beruniform dan 1 persatuan. Aktiviti yang dijalankan pada perjumpaan yang pertama adalah menjalankan pemilihan AJK bagi setiap unit dan persatuan.

http://skpenyabong.blogspot.com/2010/01/ajk-pengakap-2010.html

http://skpenyabong.blogspot.com/2010/01/ajk-puteri-islam-2010.html

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam