Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Bersempena dengan Hari Peringatan Anti Dadah peringkat kebangsaan, SKPE telah turut menganjurkan aktiviti di peringkat sekolah pada 25 Februari 2010. Majlis dimulakan dengan sesi perhimpunan khas pada awal pagi yang disertai oleh semua warga sekolah. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan bacaan doa, diikuti dengan mendengar perutusan khas oleh KPPM yang dibacakan oleh En.Azizi Ab.Aziz. Majlis pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Guru Besar selepas beliau menyampaikan ucapan.

Perhimpunan turut diserikan dengan acara mendeklamasikan sajak dan lafaz ikrar anti dadah oleh murid-murid.

Aktiviti mewarna poster bagi murid Tahap 1 dan melukis poster bagi Tahap 2 telah dijalankan selepas waktu rehat. Semua murid telah mengambil bahagian dengan bimbingan guru-guru.


Sambutan Hari Anti Dadah peringkat sekolah ditutup dengan acara penyampaian hadiah-hadiah kepada semua pemenang pertandingan mewarna dan melukis poster yang telah disampaikan oleh Guru Besar.

0 comments:
Catat Ulasan