Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Sambutan Maulidur Rasul 1431H peringkat sekolah telah dijalankan pada hari Jumaat 5 Mac yang lalu. Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi dimulakan dengan perarakan sejauh kira-kira 1 km yang disertai oleh semua murid, guru dan kakitangan SKPE. Selesai perarakan, semua peserta telah berkumpul di dalam Dewan.

Majlis telah diserikan dengan alunan berzanji yang disampaikan oleh Ustaz Sylviano Abu Bakar. Turut sama menyerikan majlis adalah Tuan Penghulu Mukim Penyabong iaitu En.Azhar Md.Ali, Ketua Kampung serta AJK PIBG. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Ustaz Nasaruddin Abdul Kadir. Sebelum bersurai, semua yang hadir telah dihidangkan dengan jamuan nasi minyak yang

disediakan oleh guru dan AJK PIBG.
0 comments:
Catat Ulasan