Pada 15 Mac hingga 16 Mac 2010 yang lalu, Unit Lawatan SK Penyabong telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar selama 2 hari ke Selangor dan Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh 37 orang peserta melibatkan 8 orang guru dan pegawai pengiring serta 29 orang murid. Mereka bertolak dari sekolah pada pukul 11.00 malam 14 Mac 2010 dan tiba di Shah Alam pada pukul 4.00 pagi. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Masjid Shah Alam, Kilang Roti High 5, SMK Seksyen 18, UiTM, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, RTM, SK Taman Medan, Petrosains dan Aquaria.
Berkat doa, dorongan dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dalam masa yang sama, wujud perhubungan yang lebih baik antara guru-guru dan murid-murid seperti dalam sebuah keluarga yang harmoni. Murid-murid juga lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai. Secara keseluruhannya, perjalanan program selama dua hari dua malam ini sangat baik. Ternyata pembelajaran di luar bilik darjah mampu untuk mendidik jiwa murid-murid menjadi lebih dewasa, yakin dan bertanggungjawab. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi oleh murid-murid di dalam program ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.
Terima kasih.
Khamis, April 01, 2010
Lawatan Sambil Belajar Ke Selangor & KL
Author: admin
|
Filed Under:
aktiviti
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




0 comments:
Catat Ulasan