Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Selasa, April 13, 2010

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 telah dijalankan pada 31 Mac yang lepas bertempat di Dewan SKPE. Majlis yang dimulakan pada 3.00 petang dimulakan dengan ucapan oleh Yang DiPertua dan Guru Besar. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Penyabong iaitu En.Azhar bin Md.Ali. Dalam ucapannya beliau telah menekankan tentang perlunya hubungan yang baik di antara PIBG dengan sekolah serta peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap kemajuan anak-anak dan sekolah.

Selesai sahaja sesi perasmian, mesyuarat telah dimulakan dengan sesi pembentangan dan pengesahan minit, laporan kewangan dan yang berkaitan dengannya. Dalam sesi pemilihan AJK yang baru bagi Tahun 2010/2012, Yang DiPertua yang lama iaitu YM Engku Maleki bin Tuan Hassan telah mengekalkan jawatan tanpa bertanding. Beberapa muka baru telah di pilih membarisi AJK di samping beberapa muka lama yang dipilih semula.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam