Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Jumaat, Mei 14, 2010

Program Hari Sains

Panitia Sains SKPE telah menganjurkan Program Hari Sains pada hari Rabu 12 Mei 2010 yang lalu. Program sehari itu telah disertai oleh semua murid Tahap 1 dan 2 yang mengambil bahagian dalam acara Rekacipta Sains, Kuiz dan Jangan Lupa Lirik. Matlamat program tersebut antara lain adalah supaya murid-murid dapat melibatkan diri dan mempelajari perkara-perkara berkaitan sains yang telah dipelajari di dalam bilik darjah dengan lebih menyeronokkan. Di akhir program, majlis penyampaian hadiah-hadiah kepada semua pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPE.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam