Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Selasa, Mei 18, 2010

Gotong Royong Perdana

Bersempena sambutan Hari Guru 2010, SKPE telah turut menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana serentak dengan sekolah-sekolah di negeri Johor pada hari Sabtu 15 Mei yang lalu. Aktiviti yang bermula pada jam 8.30 pagi telah melibatkan ibu bapa, guru, pekerja sekolah serta murid-murid. Antara kerja yang dibuat adalah membersihkan persekitaran, mengemas bilik darjah, mengelap cermin tingkap, menyusun atur taman dan membersihkan kolah ikan. Kerja-kerja gotong-royong selesai pada jam 11.45 pagi dan semua yang hadir telah menikmati jamuan sebelum pulang.

0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam