Portal ini diwujudkan sebagai satu wadah untuk berkongsi dan menyebar maklumat serta peristiwa yang berlaku di sekolah ini sejajar dengan konsep memasyarakatkan sekolah. Pandangan, cadangan atau komen adalah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus kepada kami.
Terima kasih.

Selasa, Mei 18, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah dijalankan pada hari Isnin 17 Mei 2010. Walaupun majlis sambutan diadakan lewat sehari daripada tarikh rasmi 16 Mei, namun kemeriahan dan semangatnya masih tetap sama. Sempena Hari Guru tahun ini, majlis sambutan peringkat sekolah telah dikendalikan oleh KKGK. Seawal jam 7.30 pagi, semua guru dan murid telah berhimpun di dalam dewan untuk mendengar ucapan oleh Guru Besar serta menghayati perutusan daripada YAB Menteri Pelajaran dan KPPM. Perhimpunan turut diserikan dengan nyanyian lagu-lagu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa serta bacaan ikrar oleh guru-guru. Di akhir perhimpunan, acara memotong kek telah disempurnakan oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan.
Selepas rehat, acara sukaneka telah dijalankan dan disertai oleh semua guru, kakitangan dan murid. Acara-acara menarik yang dijalankan adalah Telefon Buruk, Puzzle Bergambar, Terompah Gergasi, Bedak Sejuk, Belon Beracun, Bowling Kelapa, Isi Air Dalam Botol, Leret Gelung, Gelung Ajaib dan Baling Pundi Kacang. Kemeriahan sukaneka terserlah dengan pelbagai gelagat guru-guru yang menghiburkan. Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati telah dijalankan selepas berakhirnya sukaneka dan disempurnakan oleh Guru Besar.
Majlis Sambutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diadakan di kantin sekolah.


0 comments:

Catat Ulasan

 

edited

Dikemaskini pada 25 Februari 2013 jam 10.09 am

Paparan terbaik 1024 x 768 ke atas

Sila gunakan MOZILLA FIREFOX 3 ke atas sahaja. Portal ini tidak diuji sepenuhnya menggunakan browser lain.

Penafian : Kami tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan akibat penggunaan bahan di dalam portal ini.

PORTAL RASMI SK PENYABONG ENDAU Copyright © 2012 Diselenggara oleh cikgu ijam